Tips Kurus Dengan Cepat Turun 20kg dalam 4 bulan

Tips Kurus Dengan Cepat Turun 20kg dalam 4 bulan

Makin berusia makin susah berat nak turun. tak makan nasi dah buat, eat clean, keto, atkins ishh macam macam la buat tapi berat kejap je turun. lepas tu naik mendadak dan lagi banyak naik dari turun. jom saya kongsikan tips kurus dengan cepat dimana suami saya berjaya turun 20kg dalam masa 4 bulan dan sampai sekarang maintain berat beliau

Kenapa Berat Susah Nak Turun?

Peningkatan berat badan bukan sekadar makan berlebihan ya.. ada faktor faktor lain yang boleh menyebabkan berat badan berlebihan. Ini dari Fb Public Health

1.Waktu makan tidak teratur

Penting ke jaga waktu makan ni? bukan ke lapar je makan. Kenapa penting waktu makan yang teratur?

Menurut Perunding Dietetik Kuvings Malaysia, Raihan Irwan, Terdapat waktu yang kondusif untuk memproses makanan daripada kumpulan makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan lemak,” makan sebelum jam 6 petang adalah aturan yang sangat baik dan disyorkan kepada orang ramai.

Hal ini kerana, dari segi proses pencernaan, makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti bijirin, buah, sayur berkanji dan produk tenusu adalah lebih optimum jika dimakan sebelum jam itu. Pada waktu tersebut perembesan hormon insulin berada pada tahap optimum yang mampu menukarkan karbohidrat kepada tenaga lebih efisien.

Berikut adalah beberapa garis panduan asas waktu makan yang boleh diikuti

1. Sarapan: Sekurang-kurangnya dua jam setelah bangun daripada tidur. Hal ini demikian kerana, bacaan gula dalam darah dan nutrien berada pada tahap yang rendah.

2. Makan tengah hari: Waktu yang ideal adalah tiga hingga empat jam selepas sarapan pagi untuk mengekalkan tahap bacaan gula dalam darah normal.

3. Makan malam: Sebaiknya makan tiga hingga empat jam selepas makan tengah hari dan dua jam sebelum tidur bagi menggalakkan tidur yang lena dan penggunaan kalori yang efisien untuk seharian.

2. Kerap Minum Air Manis

Disebabkan tabiat suka minum air manis dan kurang minum air kosong, sedar tak sedar kita boleh tambah sehingga 1,000 kalori sehari daripada air saja. Itu belum kira makanan lagi. Dan jika kerap minum air manis, selalunya insulin naik turun dengan cepat dan teringin nak mengunyah itu kerap berlaku.

Hati2 dengan kalori tersorok atau “hidden calories” terutamanya daripada air minuman.

3. Makan Nasi Kuah banjir

nasi kandar kuah banjir pehhh sedap ni . Kalau tak kuah bajir kering je la. mana nak sedap kan. Tak salah nak kuah banjir tapi kalau kerap sangat kalori akan makin bertambah. Bukan nasi kandar je tapi mana mana nasi dengan kuah banjir ye.

Petikan info dari FB Ahmad Anwar

dia gini sebenarnya. Kalau kau faham apa ingredients yang terkandung dalam kuah, kau akan faham kenapa kuah ni perlu di limitkan

Komponen kebanyakkan kuah adalah santan, minyak, lemak, tinggi garam/gula.

Cuba kau tengok label minyak masak kat belakang botol tu? Berapa kalori sesudu minyak?

Kalau dah kau makan kari yang bertakung minyak, sambal yang bertakung minyak, agak agak tinggi ke tak kalori makanan kau tu?

Kecuali kalau kau buat bening, rebus kosong gitu je. Okayla lagi. Itupun ada masalah kalau kandungan garam tinggi.

Kenapa garam tinggi tak bagus untuk diet? Kalori garam kan sikit?

Garam = darah tinggi

Garam = water retention

Badan akan bengkak macam belon bila air terkumpul. Ada faham?

Jadi tak boleh ambil kuah la ni?

Keyword dia ialah berpada pada.

Sukatan biasa aku pakai 1-4 sudu max

Makin berminyak bersantan berlemak makin sikit kuah aku sukat.

Sesudu kuah kari kadang boleh capai 20-60kalori. Bayangkan kau amik 4 sudu boleh capai dekat 100 kalori. Apa kenyang 4 sudu kuah?

Sebab tu kuah tak boleh banjir. Ambillah berpada pada.

4. Tidak Sarapan Pagi

Apabila kita bangun tidur pada waktu pagi, badan kita sebenarnya melalui satu tempoh yang panjang tanpa makanan. Walaupun sedang tidur, badan kita tetap ‘bekerja’ dan menggunakan tenaga yang disimpan untuk memastikan semua fungsi berjalan lancar.

Tanpa sarapan, badan akan kekurangan tenaga (mental dan fizikal) untuk menjalani hari. Bukan itu saja, tabiat bersarapan akan memudahkan usaha mengawal berat badan. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan lebih berjaya dalam menurunkan dan mengekalkan berat badan seimbang.

Protein amat penting kerana ia bukan saja membantu anda berasa puas, malah ia juga membolehkan minda sentiasa peka dan fokus. Kajian menunjukkan individu yang menikmati sarapan kaya protein mengambil kurang 200 kalori pada waktu petang. Ini satu berita baik khususnya bagi orang yang hendak mengurangkan berat badan.

5. Kurang aktiviti fizikal

Kurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu. Umumnya kandungan kalori berlebihan yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal akan menyebabkan tubuh menjadi berisi dan gemuk. Jika anda selalu tidur dan kurang bersenam, ia akan mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda.

6.Tidak Makan Sayur & Buah

Mengikut kajian, banyak makan sayur-sayuran boleh menurunkan berat badan.

Sayur biasanya tinggi dengan serat, mudah untuk dilawaskan, mempunyai banyak nutrisi malah boleh menghilangkan rasa lapar.Selain itu, sayur juga mempunya potasium, vitamin dan mineral yang memberi tenaga kepada badan.

7. Mudah Terpengaruh Dengan Makanan Minuman Viral

Makanan viral yang tinggi lemak, gula itulah yang nampak sedap dan buat kita ketagih. dan gula merupakan musuh dalam nak turunkan berat tau

Gula adalah musuh utama kalau korang nak sihat dan nak turunkan berat badan kerana gula mampu meningkatkan rasa nak makan dan makan dan makan lagi.

Gula ni jahat tau. Bukan saja boleh menjurus kepada masalah kegemukkan malah boleh menyebabkan kita dapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, dan lebih teruk lagi kanser.

Boleh dikatakan faktor utama kanser adalah daripada pengambilan gula. Bukan tak boleh ambil langsung tapi cuba limitkan.

Kalau kita boleh hidup tanpa gula lagi bagus. Gula juga salah satu sebab muka kita nampak kusam dan nampak tua berbanding usia sebenar tau.

Lebih bahaya dengan gula tersembunyi. Macam mana tu? Haaa, gula yang kita tak nampak la. Contohnya, gula dalam makanan dan minuman.

Gula yang ada dalam makanan seperti kuih melayu yang kita makan untuk minum petang dan air dalam botol yang kita beli di pasaraya. Itu semua mempunyai gula tersembunyi sebab kita tak nampak berapa banyak dia letak gula dalam hidangan.

8. Tidak Cukup Tidur

Mengikut saintis, tidur dan berat badan sudah lama berkait rapat. Secara purata, bagi orang yang selalu tidak cukup tidur, mereka lebih cenderung untuk naik berat badan.

Kajian kepada 70,000 wanita menunjukkan mereka yang tidur selama 5 jam sehari lebih cenderung menambah berat badan sebanyak 32% berbanding individu yang tidur sekurang-kurangnya 7 jam.

Sebagai contoh, seseorang individu dewasa yang tidur kurang daripada 7 jam sehari mempunyai berat yang lebih banyak mengikut tinggi. Individu begini juga lebih cenderung untuk menjadi obes.

Tidur yang tidak mencukupi dikatakan boleh mencetuskan perubahan terhadap hormon ghrelin dan leptin di dalam badan.

Ghrelin ialah sejenis hormon yang dirembeskan di dalam perut dan ia bertindak di hipothalamus bagi merangsang selera.

Ghrelin dirembeskan sejurus sebelum makan dan berkurang selepas makan. Manakala, leptin akan bertindak ke atas hipothalamus untuk menghentikan rasa lapar dan meningkatkan penggunaan tenaga.

Hal ini membuatkan mereka yang sering mengantuk akan senang berasa lapar dan menggunakan tenaga yang lebih jika hendak dibandingkan dengan mereka yang cukup rehat.

nak tau tips kurus cepat cara kami tak?

kurus shaklee style joe labu

Tips Kurus Dengan Cepat Turun 20kg dalam 4 bulan

Tips Kurus Dengan Cepat Cara Kami adalah

  1. Jaga Waktu makan
  2. Banyak makan sayur buah
  3. makan nasi. kurang mee bihun roti
  4. ambil supplement Shaklee

Supplement Shaklee Yang Kami Ambil Tips Kurus Dengan Cepat Cara kami

hello new you

Pengambilan supplement bantu kita untuk tidak kehilangan nutrisi ketika diet. Ada orang kurang tapi rambut gugur, viseral fat tinggi, body fat tinggi. Malah ada yang kurus tapi ada kencing manis, darah tinggi. Jadi kita nak bukan sekadar kurus tapi sihat luar dalam

Kurus Tapi nampak Tua. Ye bila kurang nutrisi juga kita akan nampak tua sebab protein tak cukup. TipsKurus Cepat cara kami bukan sekadar nak kurus semata tapi ajar orang hidup lebih sihat dan lebih muda.

Tips Kurus Dengan Cepat

Tips kurus denga cepat cara kami ni enjoy makan nasi, sambal belacan, lauk kegemaran. Siapa cakap makan nasi berat susah nak turun. Makan nasi 2x sehari pun boleh kurus tau

Nak dapatkan Set Kurus Shaklee

Boleh hubungi kami di

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *